Skip to main content

Home

Sejarah Kg Dato Abu Bakar Baginda

Sejarah Asal Kampung Dato Abu Bakar Baginda

Dato Abu Bakar Baginda

 

Pada asalnya kampung ini diberi nama Kg. Bt. 2 Air Hitam (Air Itam) oleh para peneroka awalnya. Penerokaan awal kampung ini berlaku seawal tahun 1920an dari kelompok orang JAWA Indonesia yang terpaksa melarikan diri dari Penjajahan Belanda di Indonesia . Sementara itu ada sebahagian darinya adalah Buruh Paksa Jepun yang melarikan diri dari kawalan tentera Jepun yang menaiki kereta api menuju ke Thailand. Tentera Jepun adalah tentera yang tidak berperikemanusiaan dimana ada sesetengah sejarah menceritakan yang mereka sangat suka mendera dan memerah keringat penduduk jajahannya.

Kebanyakan daripada peneroka awalan ini bekerja di ladang-ladang ( Estet ) getah milik penjajah British yang ada ketika itu seperti Ladang Prang Besar, Sedegly dan West Country, yang mana sekarang ini semua ladang-ladang ini telah menjadi Bandar Putrajaya. Mereka bekerja di sebelah pagi dan sebelah petangnya mereka meneroka dan mengerjakan tanah-tanah kerajaan yang masih kosong yang berhampiran dengan ladang-ladang tersebut. Peneroka awalan ini menamakan Kampung mereka ini Kampung Air Hitam (Air Itam) kerana di kampung terdapat sebatang sungai yang merintangi tengah-tengah kampung ini dan airnya pula bewarna agak kehitaman. Oleh itu mereka menamakan kampung ini sebagai Kampung Air Hitam.(Air Itam). Persempadanan tanah pula diukur melalui persetujuan bersama peneroka pada masa itu dengan melabelkan antara pokok ke pokok sebagai tanda sempadan tanah masing-masing.

Keadaan ini berlanjutan sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan. Sekitar tahun 1960an kampung ini berubah wajah apabila kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan kerajaan  Barisan Nasoinal yang diketuai oleh YAB Dato Menteri Besar pertama selepas merdeka iaitu YAB Dato' Abu Bakar Baginda telah mengurniakan sebidang tanah seluas 30 ekar sebagai mengenang jasa penduduk Kg. Air Hitam kerana memberi sokongan padu kepada parti pemerintah ketika itu.

Di atas rasa kesyukuran penduduk kampung ini, Sekitar tahun 1965, Pihak Pemerintah ketika itu telah mengadakan satu majlis besar-besaran bersama pemimpin yang dihadiri oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YAB Dato Abu Bakar Baginda dan pada majlis itulah YAB Dato Menteri Besar melancarkan dan seterusnya merasmikan nama baru ini kepada nama Kampung Dato Abu Bakar Baginda iaitu mengambil sempena nama YAB Menteri Besar Selangor pertama selepas merdeka. Nama baru ini telah digesetkan oleh pihak berkuasa tanah daerah sepang dan sinonimlah sehingga kini.

 

  • Hits: 4344