Skip to main content

KDABB

Sejarah Kg Dato Abu Bakar Baginda

Sejarah Asal Kampung Dato Abu Bakar Baginda

Dato Abu Bakar Baginda

 

Pada asalnya kampung ini diberi nama Kg. Bt. 2 Air Hitam (Air Itam) oleh para peneroka awalnya. Penerokaan awal kampung ini berlaku seawal tahun 1920an dari kelompok orang JAWA Indonesia yang terpaksa melarikan diri dari Penjajahan Belanda di Indonesia . Sementara itu ada sebahagian darinya adalah Buruh Paksa Jepun yang melarikan diri dari kawalan tentera Jepun yang menaiki kereta api menuju ke Thailand. Tentera Jepun adalah tentera yang tidak berperikemanusiaan dimana ada sesetengah sejarah menceritakan yang mereka sangat suka mendera dan memerah keringat penduduk jajahannya.

Kebanyakan daripada peneroka awalan ini bekerja di ladang-ladang ( Estet ) getah milik penjajah British yang ada ketika itu seperti Ladang Prang Besar, Sedegly dan West Country, yang mana sekarang ini semua ladang-ladang ini telah menjadi Bandar Putrajaya. Mereka bekerja di sebelah pagi dan sebelah petangnya mereka meneroka dan mengerjakan tanah-tanah kerajaan yang masih kosong yang berhampiran dengan ladang-ladang tersebut. Peneroka awalan ini menamakan Kampung mereka ini Kampung Air Hitam (Air Itam) kerana di kampung terdapat sebatang sungai yang merintangi tengah-tengah kampung ini dan airnya pula bewarna agak kehitaman. Oleh itu mereka menamakan kampung ini sebagai Kampung Air Hitam.(Air Itam). Persempadanan tanah pula diukur melalui persetujuan bersama peneroka pada masa itu dengan melabelkan antara pokok ke pokok sebagai tanda sempadan tanah masing-masing.

Keadaan ini berlanjutan sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan. Sekitar tahun 1960an kampung ini berubah wajah apabila kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan kerajaan  Barisan Nasoinal yang diketuai oleh YAB Dato Menteri Besar pertama selepas merdeka iaitu YAB Dato' Abu Bakar Baginda telah mengurniakan sebidang tanah seluas 30 ekar sebagai mengenang jasa penduduk Kg. Air Hitam kerana memberi sokongan padu kepada parti pemerintah ketika itu.

Di atas rasa kesyukuran penduduk kampung ini, Sekitar tahun 1965, Pihak Pemerintah ketika itu telah mengadakan satu majlis besar-besaran bersama pemimpin yang dihadiri oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YAB Dato Abu Bakar Baginda dan pada majlis itulah YAB Dato Menteri Besar melancarkan dan seterusnya merasmikan nama baru ini kepada nama Kampung Dato Abu Bakar Baginda iaitu mengambil sempena nama YAB Menteri Besar Selangor pertama selepas merdeka. Nama baru ini telah digesetkan oleh pihak berkuasa tanah daerah sepang dan sinonimlah sehingga kini.

 

  • Hits: 971

Kenali DABB

Abu Bakar Baginda

Dato' Abu Bakar bin Baginda Bendang (- 13 Disember 1972 di Kajang) adalah mantan Menteri Besar Selangor (1959-1964) menggantikan Abdul Jamil Abdul Rais yang ditarik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian kewangan (Perbendaharaan).[1]
{gallery}dabb{/gallery}

Keluarga

Isteri pertama ialah Datin Siti Zahrani Sutan Jenain dan isteri kedua ialah Nordinah binti Abdol. Sutan Jenain dari Sumatera (sekarang bahagian dari Indonesia) adalah pejuang kemerdekaan Sumatera/Indonesia yang melarikan diri ke Malaysia. Isterinya Siti Zahrani meninggal dunia pada 21 September 1972 di Kuala Lumpur, kerana Bronchopneumonia.


Antara anaknya ialah Puan Sri Siti Zainab Dato' Abu Bakar, Kamaruddin Dato Abu Bakar, Zainuddin Abu Bakar, Zainal Abu Bakar, Khairuddin Abu Bakar, Mohd Zabidin Abu Bakar, Suriya Abu Bakar, Puan Sri Zaidah Abu Bakar, Zainal Abidin Abu Bakar dan Zarina Abu Bakar. Anaknya Zainab meninggal dunia di Petaling Jaya pada 20 November 2001. Suami Zainab ialah Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin.

 

Pendidikan dan kerjaya

Beliau mendapat pendidikan di Victoria Institution , Kuala Lumpur. Pada 1917 menjadi kerani kewangan di Selangor. 1919 dilantik menjadi Inspektor polis bagi Persekutuan Tanah Melayu dan dinaik pangkat menjadi ASP dan ACP dan bersara dari polis pada 1953.

Menteri Besar Selangor

Mula aktif dalam politik UMNO pada 1948 di Hulu Langat bangkit menentang Malayan Union. Pada 1953 dlantik sebagai Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat. Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 beliau menang di Sepang dan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang pertama. Tahun 1959 beliau menang lagi di Sepang.Pilihan raya 1959 tidak diadakan serentak tetapi berperingkat-peringkat. Di Selangor diadakan pada 30 Mei 1959. Oleh itu Tunku Abdul Rahman setuju melantik beliau menjadi Menteri Besar Selangor (30 Mei 1959- 24 April 1964). Semua ketua UMNO menjadi menteri besar kecuali Selangor, Timbalan Ketua UMNO dilantik menjadi Menteri Besar.[2]

Mengenang jasa

Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda di Sungai Merab,Sepang adalah sempena nama beliau. Sekolah ini berhadapan dengan Gate 1, ke Putrajaya. Balai Polis Komuniti Dato Abu Bakar Baginda, Sekolah Rendah Agama Dato' Abu Bakar Baginda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda juga diambil sempena nama beliau.

Begitu juga dengan Kampung Dato' Abu Bakar Baginda di Jalan Sungai Merab merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional yang kekal begitu sehingga kini. Nama asal kampung ini ialah Batu Batu 2, Air Hitam, Sepang. Selaku menteri besar, Abu Bakar Baginda telah mengurniakan tanah seluas 30 ekar kepada penduduk keturunan Jawa di situ. Mereka asalnya bekerja di Ladang Perang Besar, Ladang Sedegly dan ladang West Country.[3]

Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya, Selangor juga sempena nama beliau.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia di Kajang pada 13 Disember 1972 kerana 'Myocardial Infraction' di Hospital KajangKajang,Selangor.

Sumber Rujukan : Wikipedia

  • Hits: 268

Sejarah SKDABB

Creator: AIZUDDIN SAAD Credit: NSTP

Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda atau nama ringkasnya SK Dato’ Abu Bakar Baginda merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang  terletak di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda dan berhampiran Pintu Satu Putrajaya.

SK Dato’ Abu Bakar Baginda mula dibina pada tahun 1957 dengan kerjasama penduduk Kampung Dato’ Abu Baginda yang diketuai oleh ketua kampong Allahyarham Hj. Zainuri b Hasan.

Pada tahun 1961, sebuah bangunan yang mempunyai 3 buah bilik darjah telah dibina dan seramai 51 orang murid telah belajar di sini. Guru besar yang pertama ialah Encik Mohamad Sharif bin Othman. Guru besar pada tahun ini ialah Puan Hajah Wan Nor Fadriah bt Wan Idris .

SK Dato’ Abu Bakar Baginda telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu YB Dato’ Abu Bakar Baginda. Sekolah ini diberi sempena nama beliau.

Pada tahun 2015, bilangan murid sekolah ini ialah 621 orang termasuk murid prasekolah.Sekolah ini mempunyai 18 buah kelas aliran perdana (Tahun 1-6) dan sebuah kelas prasekolah.Bilangan guru juga telah bertambah kepada 50 orang.

  • Hits: 269

Sejarah SMKDABB

Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Baginda terletak di antara Institut Pendidikan Guru Kampus Pengajian Islam dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). SMK Dato’ Abu Bakar Baginda menerima pelajar-pelajar yang tinggal di sekitar Sungai Merab dan Bandar Baru Bangi. Sekolah yang dibina atas tapak seluas 5 ekar ini terdiri daripada 1 blok pentadbiran, 2 blok akademik, 1 blok makmal sains tulen, 1 blok bengkel kemahiran Hidup dan Makmal komputer, 1 blok yang mengandungi surau, bilik bahasa, bilik Matematik, bilik Pendidikan Seni Visual, bilik Muzik, 1 blok kantin, 1 blok dewan dan 1 blok galeri kokurikulum.

SMK Dato’ Abu Bakar Baginda mula menerima pelajar-pelajar sulungnya pada 4 Januari 2010. Pada awal penubuhan, sekolah ini telah menerima enrolmen pelajar seramai 523 orang dan 52 orang guru. Terdapat 14 buah kelas tingkatan satu, 4 buah kelas tingkatan dua, 2 buah kelas tingkatan 4 dan dua kelas pendidikan khas.

Datin Hjh Zaliah bt Ismail (30.12.2009 - 1.11.2010)

Bersama mandat dan amanah yang diberikan, Datin Hajah Zaliah Ismail telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memegang jawatan orang paling penting iaitu sebagai peneraju utama sekolah dengan portfolio sebagai Pengetua Pertama SMKDABB. Beliau sebelum ini merupakan bekas penolong kanan Sekolah Seri Puteri. Turut menerajui tampuk pentadbiran sekolah ialah Puan Hamidah Said, selaku Penolong Kanan 1, Encik Saari bin Mamat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Ustaz Hasan Hamidi bin Benu selaku Penolong Kanan Kokurikulum.

Dalam masa 6 bulan penubuhannya, SMK Dato’ Abu Bakar Baginda di bawah pimpinan Datin Hjh Zaliah telah berjaya menyediakan visi dan misi, logo, lagu dan bendera sekolah. Berbagai aktiviti telah dapat dijalankan di antaranya ialah solat hajat bersama ibu bapa, merentas desa, sambutan maulidur rasul, minggu bahasa, minggu sains dan matematik, penubuhan jawatankuasa PIBG, Program kecemerlangan pelajar bersama Dato’ Fazilah Kamsah, Program bersama UCTI dan sebagainya.

 Pn Hjh Khatijah bt Kunji Maraikar (17.01.2011 - 27.07.2012)

Pn Hjh Khatijah bt Kunji Maraikar adalah pengetua kedua  SMKDABB. Mula dilantik pada 17/1/2011 sehingga  27/7/2012.  Beliau adalah bekas Penolong Kanan Pentadbiran di  SMK Cyber Jaya. Selain  meneruskan aktiviti yang telah  dilakukan semasa pimpinan Datin  Hjh  Zaliah, banyak  pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau  antaranya  perubahan di pejabat, mempastikan ceiling dewan dapat dibaiki oleh pihak kontraktor, membaiki tandas-tandas yang rosak,  menyediakan meja banquet untuk kegunaan di dewan atau pusat  sumber dan sebagainya.  Lagu sekolah juga dapat disediakanpada bulan Mei, 2012. Selain itu Hari Graduasi kali pertama juga telah diadakan.

 

Pn Hjh Hamidah bt Said

Pn Hamidah binti Said adalah PK Pentadbiran semasa memangku jawatan pengetua selepas Pn Hjh Khatijah binti Kunji Maraikar bersara.  Beliau telah dilantik menjadi pengetua pada minggu  terakhir sesi persekolahan 2012.  Semasa perkhidmatan beliau,  Pn  Hamidah telah berjaya mendapat bantuan untuk membaiki galeri  kokurikulum, memasang pagar bola keranjang dan membaiki lantai  makmal sains.  Selain itu dengan bantuan PK HEM, Pn Hjh Khairiah  masalah ponteng  dan disiplin bertambah baik.  Sekolah juga telah  berjaya menjadi johan PLC peringkat kebangsaan.

Di bawah pimpinan beliau juga sekolah telah dicalonkan untuk mendapat baiah .  Selain itu juga sekolah mendapat naib johan untuk Anugerah kurikulum, Anugerah SKPM terbaik, Anugerah Pusat Sumber dan Anugerah Lonjakan Saujana pada tahun 2015 semasa Majlis Apresiasi Daerah Sepang.

 

Tn Hashim bin Saryani @Md Noh

Tn Hashim bin Saryani adalah PK Kokurikulim dari SMK Seri Selayang sebelum lantik sebagai pengetua ke-4 di SMK Dato' Abu Bakar Baginda.  Semasa pimpinan beliau, sekolah telah berjaya mendapat anugerah musolla Imarah peringkat negeri dan kebangsaan.  Selain itu pusat sumber baitul hikmah juga berjaya dianugerahkan pengurusan pusat sumber peringkat negeri dan kebangsaan dan band 5 ssqs.  Semoga prestasi sekolah terus cemerlang, walaupun Pentadbiran berubah, InsyaAllah

  • Hits: 271