Ucapan Aluan

SEIKHLAS BICARA
ketuakampung
Tn.Haji Norazhar Hj Mohd Rawi


Bismilahirrahmanirrrahim,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah Subhanahu wataala di atas segala nikmat kurniaanNya.Ingatlah pengembaraan dalam dunia ilmu pengetahuan tidak ada titik tolaknya,falsafah pendidikan Islam ialah menuntut ilmu sepanjang hayat. Pendidikan mestilah berteraskan penorakaan ilmu di setiap bidang. pendidikan adalah bermatlamat melahirkan manusia yang kuat, jati diri,berdikari dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,keluarga,agama dan tamadun.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan TAHNIAH dan terima kasih kepada individu perseorangan dan anak jati Kampung Dato Abu Bakar Baginda saudara Zairolhamisam Mohamed Rani kerana sentiasa memperkembangkan idea dan buah fikiran demi kebaikan semua dalam memperkenalkan laman web ini, Saya amat berharap dengan adanya laman web ini, maka secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kampung Dato Abu Bakar Baginda dan Malaysia amnya kepada dunia.

Semoga usaha murni beliau dirahmati Allah S.W.T dan berkekalan selamanya.

Salam Ukhuwah,

Tuan Haji Norazhar Mohd Rawi
Mantan Ketua Kampung, Kampung Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Malaysia.


Print  

selangorku