Kenali Dato Abu Bakar Baginda

dabb 00Abu Bakar Baginda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Abu Bakar bin Baginda Bendang (- 13 Disember 1972 di Kajang) adalah mantan Menteri Besar Selangor (1959-1964) menggantikan Abdul Jamil Abdul Rais yang ditarik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian kewangan (Perbendaharaan).[1]

Keluarga

Isteri pertama ialah Datin Siti Zahrani Sutan Jenain dan isteri kedua ialah Nordinah binti Abdol. Sutan Jenain dari Sumatera (sekarang bahagian dari Indonesia) adalah pejuang kemerdekaan Sumatera/Indonesia yang melarikan diri ke Malaysia. Isterinya Siti Zahrani meninggal dunia pada 21 September 1972 di Kuala Lumpur, kerana Bronchopneumonia.


Antara anaknya ialah Puan Sri Siti Zainab Dato' Abu Bakar, Kamaruddin Dato Abu Bakar, Zainuddin Abu Bakar, Zainal Abu Bakar, Khairuddin Abu Bakar, Mohd Zabidin Abu Bakar, Suriya Abu Bakar, Puan Sri Zaidah Abu Bakar, Zainal Abidin Abu Bakar dan Zarina Abu Bakar. Anaknya Zainab meninggal dunia di Petaling Jaya pada 20 November 2001. Suami Zainab ialah Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin.

 

Pendidikan dan kerjaya

Beliau mendapat pendidikan di Victoria Institution , Kuala Lumpur. Pada 1917 menjadi kerani kewangan di Selangor. 1919 dilantik menjadi Inspektor polis bagi Persekutuan Tanah Melayu dan dinaik pangkat menjadi ASP dan ACP dan bersara dari polis pada 1953.

Menteri Besar Selangor

Mula aktif dalam politik UMNO pada 1948 di Hulu Langat bangkit menentang Malayan Union. Pada 1953 dlantik sebagai Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat. Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 beliau menang di Sepang dan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang pertama. Tahun 1959 beliau menang lagi di Sepang.Pilihan raya 1959 tidak diadakan serentak tetapi berperingkat-peringkat. Di Selangor diadakan pada 30 Mei 1959. Oleh itu Tunku Abdul Rahman setuju melantik beliau menjadi Menteri Besar Selangor (30 Mei 1959- 24 April 1964). Semua ketua UMNO menjadi menteri besar kecuali Selangor, Timbalan Ketua UMNO dilantik menjadi Menteri Besar.[2]

Mengenang jasa

Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda di Sungai Merab,Sepang adalah sempena nama beliau. Sekolah ini berhadapan dengan Gate 1, ke Putrajaya. Balai Polis Komuniti Dato Abu Bakar Baginda, Sekolah Rendah Agama Dato' Abu Bakar Baginda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda juga diambil sempena nama beliau.

Begitu juga dengan Kampung Dato' Abu Bakar Baginda di Jalan Sungai Merab merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional yang kekal begitu sehingga kini. Nama asal kampung ini ialah Batu Batu 2, Air Hitam, Sepang. Selaku menteri besar, Abu Bakar Baginda telah mengurniakan tanah seluas 30 ekar kepada penduduk keturunan Jawa di situ. Mereka asalnya bekerja di Ladang Perang Besar, Ladang Sedegly dan ladang West Country.[3]

Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya, Selangor juga sempena nama beliau.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia di Kajang pada 13 Disember 1972 kerana 'Myocardial Infraction' di Hospital KajangKajang,Selangor.

Sumber Rujukan : Wikipedia


Print  

selangorku