Skip to main content

Sejarah Kepimpinan KDABB

alt
Kampung ini telah ditadbir di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dibentuk seawal 1946 yang diketuai oleh Tuan Hj. Zainuri Bin Abdullah ( Allahyarham ) yang ketika itu dikenali sebagai Pak Lurah atau Tok Empat sebagai Pengerusi JKKK dan Tuan Hj. Surip Bin Kasi ( Allahyarham ) sebagai setiausaha, sehinggalah Pak Lurah meninggal dunia sekitar tahun 1979 dan dipangku olehTuan Hj. Surip Bin Kasi ( Allahyarham )

Pada tahun 1963, Kampung Dato Abu Bakar Baginda telah menubuhkan bilik gerakannya sendiri yang terletak di balai raya lama ( sekarang Bangunan TBK KEMAS ), melalui saat itu semua aktiviti berkaitan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan masyarakat kampung berpusat di sini. Balai raya ini bukan sahaja menjadi pusat penyebaran maklumat malah segala aktiviti kemasyarakatan juga diadakan di balai raya ini.

Namun kedudukan balai raya ini telah mendedahkan dan memberikan masyarakat kampung akan input yang berguna kepadanya dan memikirkan ketidaksuaian mengikut peredaran zaman serta pergerakan pembangunan yang sungguh pesat dipersekitaran kampung ini, maka di bawah kepimpinan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebelum ini yang di ketuai oleh Tuan Hj. Mohammad Rusly Bin Derin telah mengorak langkah dengan mewujudkan Bilik Gerakan Khas JKKK Kampung Dato Abu Bakar Baginda. Sumbangan membina Bangunan Bilik Gerakan JKKK yang baru ini dibiayai oleh YB Dato Sharif Bin Jajang selaku Bekas Wakil Rakyat kawasan ini dan juga peruntukan dari pejabat Daerah Sepang.

Dengan terbinanya Bangunan Bilik Gerakan ini, JKKK Kg. Dato Abu Bakar Baginda telah dapat mengemaskinikan jentera pentadbirannya dengan lebih berkesan dan dapat memainkan peranannya dengan lebih efisyen serta menggerakkan segala pentadbian dengan lebih bermutu.

Selepas Pilihanraya Umum pada 2008 yang lalu, KDABB telah menyaksikan peralihan kepimpinan kepada Ketua Kampung yang baru iaitu Tuan Haji Norazhar Hd Md Rawi sehingga 2011. 

Jawatan Ketua Kampung sekarang disandang oleh anak Jati Kg Dato Abu Bakar Baginda, Tok Ruzi Bin Mat Juri dan juga merangkap Pengerusi MPKKK Kg Dato Abu Bakar Baginda.

  • Hits: 309