Terkejut jumpa rangka wanita

SEORANG juruukur terkejut apabila menemui rangka manusia dipercayai wanita ketika melakukan kerja pengukuran tanah di kawasan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Sepang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, lelaki berkenaan bersama rakan sekerjanya melakukan kerja pengukuran pada 10 pagi sebelum terlihat selipar, pakaian dan bantal di kawasan berkenaan.

“Dia kemudian menghampiri dan mendapati terdapat beberapa tulang besar dibalut dengan selimut dan disyaki tulang manusia.

Continue reading
  11973 Hits

100 budak gunting rambut percuma

Sepang: Seratus kanak-kanak menyertai program Jom Gunting Rambut Percuma sempena Kembali ke Sekolah anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Kampung Dato' Abu Bakar Baginda di sini, hari ini

Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing berkata, program bermula 10 pagi hingga 3.30 petang itu menawarkan khidmat gunting rambut secara percuma kepada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

"Tujuan utama program bagi membantu penduduk setempat khususunya yang kurang berkemampuan.

 
Continue reading
  334 Hits

Kedai nasi dagang meletup, terbakar

Sepang: “Saya cuba menghidupkan api di dapur menggunakan kertas, namun tidak semena-mena ia menyambar ke tong gas,” kata tukang masak, Abdul Rahman Semail, 60, ketika menceritakan detik cemas kedai makan tempatnya bekerja hangus terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi semalam di kedai makan nasi dagang di Kampung Dato Abu Bakar Baginda berhampiran simpang masuk ke Putrajaya.

Continue reading
  116 Hits

Johari dicari

POLIS memburu seorang suspek lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Johari dipercayai terbabit kes bunuh seorang lelaki Bangladesh di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Bangi pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek yang dianggarkan berusia antara 38 hingga 45 tahun berasal dari Madura, Indonesia serta dipercayai sudah melarikan diri.

Menurutnya, siasatan polis mendapati, mangsa dikenali sebagai Raja Miah, 26, tinggal bersama suspek dan isterinya sejak tiga dan empat tahun lalu di sebuah rumah di Kampung Dato Abu Bakar Baginda.

Continue reading
  420 Hits

Jangan rampas tanah kami

Bangi: Jangan ambil tanah dan rampas rumah kami. Demikian pendirian penduduk Kampung Dato Abu Bakar Baginda di sini, berhubung isu pengambilalihan tanah bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Penduduk, Zahari Pardi, 51, berkata, penduduk sebulat suara menolak projek berkenaan jika ia menjejaskan kawasan penempatan di kampung terbabit.

Kata Zahari, kawasan perkampungan orang Melayu berusia lebih 80 tahun itu tidak sewajarnya menjadi ‘korban’ bagi memberi laluan kepada projek mega berkenaan.

Continue reading
  529 Hits

selangorku