SEORANG juruukur terkejut apabila menemui rangka manusia dipercayai wanita ketika melakukan kerja pengukuran tanah di kawasan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Sepang, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, lelaki berkenaan bersama rakan sekerjanya melakukan kerja pengukuran pada 10 pagi sebelum terlihat selipar, pakaian dan bantal di kawasan berkenaan.
“Dia kemudian menghampiri dan mendapati terdapat beberapa tulang besar dibalut dengan selimut dan disyaki tulang manusia.